فَائِدَة فِي عدم احتراق المنديل الَّذِي كَانَ يمسح بِهِ رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم وَجهه وَخُرُوجه من النَّار مبيضا وَأخرج أَبُو نعيم عَن عباد بن عبد الصَّمد قَالَ أَتَيْنَا أنس بن مَالك فَقَالَ يَا جَارِيَة هَلُمِّي الْمَائِدَة نتغدى فَأَتَت بهَا ثمَّ قَالَ هَلُمِّي المنديل فَأَتَت بمنديل وسخ فَقَالَ اسجري التَّنور فأوقدته فَأمر بالمنديل فَطرح فِيهِ فَخرج أَبيض كَأَنَّهُ اللَّبن فَقُلْنَا مَا هَذَا قَالَ هَذَا منديل كَانَ رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم يمسح بِهِ وَجهه فَإِذا اتسخ صنعنَا بِهِ هَكَذَا لِأَن النَّار لَا تَأْكُل شَيْئا مر على وُجُوه الْأَنْبِيَاء عَلَيْهِم الصَّلَاة وَالسَّلَام
كتاب الخصائص الكبرى
Suatu ketika Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu mengusap wajahnya dengan sapu tangan, lalu memberikannya kepada pembantunya agar sapu tangan itu dibersihkan.
Tiba-tiba pembantu itu memasukkan sapu tangan tadi kedalam api hingga terbakar semua kotoran yang melekat.
Namun yang menghairankan tak lama kemudian pembantu itu menarik sesuatu dari api tadi.
Ternyata sapu tangan yang tadi dilemparnya tidak terbakar, bahkan masih tetap sempurna dan menjadi jernih kerana kotoran yang melekat padanya terbakar.
Melihat kejadian yang menakjubkan itu seseorang bertanya,
”Sapu tangan apakah itu?”
Anas menjawab,
”Sapu tangan itu pernah bercampur dengan keringat Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam saat Baginda mengusap wajahnya dengannya. Bukankah api tidak akan menyentuh jasad Rasulullah?”
Sahabatku, berusahalah selalu mendekati Rasulullah dan jangan kau putuskan ikatan dengan Baginda.
Sebab kelak yang berdekatan dengan Rasulullah tidak akan disentuh oleh api neraka.
اللّٰهم صَلِّ عَلَی سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَی آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدﷺ